Friday, April 29, 2011

:D

Alhamdulillah. Sambil menunggu mata Muadz terpejam rapat di dalam buaian, saya terkenangkan hari-hari semalam yang saya lalui.

Dalam tempoh tak sampai seminggu di rumah, saya sudah terkenangkan housemates di Lagoon sana. Siapa kata anda bukan orang penting saya? J maaf kalau saya kurang pandai berkomunikasi dan banyak berdiam diri. Sometimes, saya kaku dalam bermesra. InsyaAllah. Semua orang penting untuk saya. Saya sedang belajar mengenang orang. :)

Ohhh! Baru teringat. Saya menyambut berita gembira daripada 3 orang sahabat saya yang dengarnya sudah sampai rombongan merisik dari pihak sana ya..Tahniah.  Barakallahu fikum. Allah bekerja dengan rahsia. Tahniah sekali lagi.

Seminggu di Terengganu semestinya seminggu yang terbaik sepanjang saya berada di Monash untuk semester ini. Alhamdulillah, puas hati! Hak keluarga saya berharap terlunas semuanya. Menemani emak keluar berbisnes, banyak pengalaman yang saya kutip. 

Phew! Kehidupan, saya rasakan adakalanya kelakar jika diselusuri semula. saya pergi semula ke kuarters guru yang pernah kami diami dahulu. Fuh. Pokok bunga kuning comel tu ada lagi. Hidup berzaman! Dah 20 tahun dah. Biri biri dekat lereng bukit tu dah takde. 

Banyak lagi yang saya pelajari dari kesungguhan dan doa seorang ayah. Subhanallah. 

Tahniah kepada Mohd Amirul Ehsan yang akan ke Jordan dalam program Ulama’. 

Moga sukses dalam bidang ‘Bahasa Arab’. Nanti balik jadi orang arab Kemaman! Kak pi doakan berjaya hingga ke UK, prof! InsyaAllah. Dalami ilmu agama sebanyak mungkin kerana destinasi yang kita tuju bukan di dunia, tapi di sana.

Alhamdulillah, dah tengok jadual exam. InsyaAllah. Target mesti tinggi! Usaha double wajib tinggi. InsyaAllah.

p/s : Buku THE IDEAL MUSLIM (shakhsiah muslim) dikarang oleh Muhammad Ali Al-Hashimi nampak best. kalau nak mencari buku, sila la ye. saya otw nak beli jugak. jom2. :)


Goodluck cume cume. 

When the world says give up,

Hope whispers,

“Try it one more time..”

Kata Muadz bin Jabal, “Let us sit down and believe it for a while..”

p/s : Khalish, itu saja update dari sayaaaa. I’m doing good in here.

No comments: