Wednesday, February 2, 2011

aMaNaH..

bertanya pada suatu hari Imam Ghazali kepada anak muridnya 
 “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah

jawab Imam Ghazali 
Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH 


“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat[*] kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.
(Surah Al-Azab : 72).

itulah manusia. makhluk Allah yang paling berani memikul amanat, sementalahan makhluk Allah lain enggan memikulnya.
sedarkah makhluk bernama manusia itu adalah kita?

kalau dihitung, 
tidak terdaya agaknya mengira begitu banyak amanah yang kita sedang pikul.

diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama.

menunaikan hak kepada dirimu , bukankah itu akan dipersoalkan ?
menunaikan hak kepada keluargamu, bukankah akan ditanya kelak? 
menunaikan hak kepada masyarakat, bukankah akan dihisab ?
menunaikan hak kepada agamanmu, bukankah akan dihitung di sana?


aduss..

mana mau lari huh??

semangat bercerita tentang amanah. ingin saya coretkan beberapa perkongsian. baru2 ini, saya berkesempatan mengikuti satu kem kepimpinan. banyak benda baru yang saya pelajari.

kami semua dipecahkan kpd bbrapa kump kecil. setiap kump mempunyai ahli 5-6 orang. aktiviti pertama kami ialah belajar menggunakan kompas.selepas e2, kami diuji dgn ilmu kompas tadi mencari kain putih dan berus menggunakan klu dan kompas yg diberi. maunya pening kami. depan mata pun masih x nampak.hehe..

 tekun semacam je blajar kompas..hehe..
 
kami dikehendaki mereka bendera dan nama kump kami dengan menggabungkan 2 nama haiwan . selepas itu, kene buat cheers la pulak. haha..saya bab2 cheers neh memang out ke laut..
nama kump kami ialah... "ayam sedut" maunya tergelak fasi2 . 
hehe..gabungan "ayam jantan" dan "siput sedut". bila dh ada nama, bendera, apalagi mesti lah kene bentang kenapa kami memilih nama tersebut dan relate kan dengan kepimpinan. ditembaknya kami oleh fasi2 neh dengan soalan yg sgt pedas..
mental sungguh..fuuh~


keesokan harinya, bermulalah task sebenar kami . setiap kump diberikan seekor ayam. haha..udahlah semua takut ayam.nak kne jaga pulak ayam. kami diberikan sebatang kayu panjang dan tali rafia yang x berapa nk panjang. kne buat reban. mane cukup~~ =.=
kami terpaksa mencari bahan tambahan sendiri, lam hutan plak.ape aje yg ade. last, jumpalah jugak buluh  dan papan yg terbuang.maunya sakit2 badan kene gigit sang kerengga . hehe..
         ayam sebelum dan selepas dapat reban ..hahaha..
                         
kami dikehendaki menjaga ayam tuh sepanjang kem. 5 hari~ adoii..xkire la siang ke malam ke..pandai2 la. pening kami. terpikir, nk letak dlm khemah ke?? nasib menyebelahi kami, bila malam je hujan, asal hujan je malam. haha.

kire ayam tuh simbolik kpd amanah kami.
nak maen explorace pun bawak ayam. ngeh4~

task seterusnya, night walk. dekat ladang kelapa sawit kot..huhu..kami dilepaskan seorang demi seorg dan hanya dibekalkan sebatang lilin shj. ramai antara kami yg terpadam lilin x sampai setengah jalan. rupa2 nya, tanpa lilin keadaan lebih cerah berbanding menggunakan lilin. pantulan cahaya di dalam hutan menyebabkan sekeliling hutan tuh x gelap pun. memang cerah macam pasang lampu. cubalah kalu ingin merasai kecerahan hutan waktu malam.  =)

satu lagi task, terlupa pulak namanya. kami dibekalkan duit 6 sen setiap kump, dan kami dikehendaki bekerja untuk menambahkan duit tersebut. para fasi sudah menyediakan agensi pekerjaan, bank, bursa saham, polis dan tempat judi. dengan duit yang kami peroleh pada akhirnya akan digunakan untuk membeli makanan untuk dinner kami. mak aihh..6 sen! kami semua ada lebih kurang 40 orang~ 
di sinilah kebijaksanaan mengatur strategi kami teruji. 
macam2 berlaku, sudahlah berebut mendapatkan kerja, dpt cek tipu pula.report  la sama polis. polis pulak sibuk berjudi. maunya nk menangis kami. untuk ke bank kami dikehendaki meredah sungai, ulang alik, sambil melihat naik turun saham. sambil bekerja, apalagi, pusat perjudian bersemangat memujuk kami . ada kump yang berjudi kerana ingin mengumpul keuntungan cepat. kump kami bertegas tidak ke pusat judi itu. haha. di setiap check point, para fasi menyediakan walkie talky di mana ia berfungsi sebagai radio. naik turun saham, harga semasa barang dan paling penting ..laungan azan. sewaktu laungan azan di walkie talky, di situlah kami diiuji sama ada ingin terus mencari wang, ataupun ke surau untuk solat. alhamdulillah, walaupun pd mulanya tdk ramai yg peka azan tersebut, bila melihat rami org ke surau ,para peserta lain turun ke surau. hehe. last2.. kump kami berjaya mengumpul 50 sen. byak tuhh..dapat la 4 cawan beras, seikat kacang panjang dan 3 tin sardin... dapatlah kami semua makan pd malam tersebut. hehe..

banyak lagi aktivti lasak yang terpaksa kami lalui. terlalu bayak utk diceritakan, hehe..maunya tercabut jari menaip. 



semangat setiakawan!
   waktu neh, kne tangkap berudu..gelinye tak tergambar..gelembung seluar agaknya berudu tuh masuk x? hehe.
eerrkk.darah..first time "siang" belut..uhh..
nk kne cepat neh..kne goreng n makan dulu baru boleh ke garisan penamat~
                               

terpaksa juga habiskan belut..walopun x sanggup~ semata mata ke garisan penamat..=.=


para fasi menghiburkan kami pada hari last kem..siap dgn periuk! hehe..
adakah muka2 kami nih bakal pemimpin?? hurm..inshaAllah!


ini salah satu contoh persiapan sebelum memikul amanah manusia..
namun, apakah persiapan kita memikul amanah Allah? 
renungkan..








 

2 comments:

. said...

best2!!! terbaik. banyak pengajarannya kan?

naora - khalish said...

okay, ni naora yang balas.

cik khalish mungkin tak pasan komen ni.

yep yep. InsyaAllah,

macam aku kata, amanah bukan taruhan.

just to remind myself, you and peeps out there. :D