Ukhti,
selamat hari lahir ke
21. maaf tiada pelukan hangat dapat aku berikan, sekadar nyanyian ‘Allah
selamatkan kamu’ sahaja. ukhti, bolehkah aku mencoret sesuatu di ruang belog
ini? sesuatu yang aku rasa bila berada di rumah ini, aku mempunyai seorang lagi
adik di bilik sebelah. bukan seperti 4 orang adik yang nakal-nakal di
Terengganu, tetapi adik yang kamu sahaja tahu. adik yang terpisah di sebalik
dinding konkrit.
Ukhti,
aku sedang menghitung
hari. jika keempat-empat subjek kali ini aku lulus dan tidak perlu repeat,aku
bakal menamatkan degree dalam bulan 6 tahun 2013. ya, aku sangat risau untuk melangkah
keluar meninggalkanmu. bila aku tiada nanti, berjanjilah kamu akan belajar
bersungguh-sungguh, melawan segala perasaan rendah diri yang sumpah menjerat
lagi tidak bermakna itu? Bolehkah? Jika boleh, buktikan sebelum aku pergi.
Ukhti,
cubalah berdiri di
atas kakimu. lihat di sekelilingmu, kehidupan masa depan bagaimana yang kamu
mahukan. bertahanlah di atas jalan ujian ini dengan teguhnya, Tuhan menguji
kerana menyayangi. hidup ini tidak lain selain ujian dan dugaan yang sangat
memenatkan, bukankah aku sentiasa bilang, ujian ini sebenarnya menjadikan
dirimu seorang insan yang baru. bertahanlah dengan sesungguhnya, optimislah
dengan Allah, berpeganglah dengan taliNya, jangan kau lepaskan hatta sekalipun
kamu futur.
Ukhti,
maaf, aku tidak dapat
berbahasa seperti begini jika berhadapan denganmu. kita dekat tetapi jauh. tapi
yakinlah, ada doa aku utuskan untukmu. semoga kau terus kuat bertahan, pasakkan
pendirianmu, tegaskan hatimu, benarkan kata ‘tidak’ pada inferiority, usah
terlalu manjakan dirimu. Jadilah dirimu muslimah, mujahidah dan mukminah
solehah, yang sentiasa memagarkan dirimu dari kemaksiatan, semoga kita termasuk
di dalam golongan yang Allah sentiasa redha.
Ukhti, aku belajar
dari dia, sang murabbiah, setiap kali dia memelukku erat, ada kata Uhibbuki
fillah dia bisikkan di telingaku. subhanallah. ukhti, uhibbuki fillah. semoga
Allah sentiasa merahmatimu. Selamat Hari Lahir yang ke 21.
No comments:
Post a Comment