Monday, March 26, 2012

Barakallahu Lakuma

Saya masih ingat tentang mula-mula dia menjadi sebahagian daripada kami. Saya maksudkan dia, housemate saya, dia yang menggantikan sahabat kami yang sudah berpindah ke UiTM.

Dia yang jameelah. Dia yang macam-macam lah. Kalau saya puji banyak, nanti orang kata saya suka pada spesies sendiri. Walhal, benda itu takkan berlaku! InsyaAllah. Ahaha.

“Epii...epi diaaaaaa nak masuk!”.

Saya masih ingat, ketika itu saya checked in di PJS 9, membuat report spectroscopy. Kepenatan menyiapkan discussion, mata hampir layu, tersentak mendengar panggilan telefon, suara yang terlampau excited di corong telefon.

Saya menahan gelak. Sedikit serius. mungkin keserabutan otak ketika itu. Tidak dapat menghadam si dia yang akan bertandang ke teratak sewa kami.

Dan dia masuk.

Dia yang saya lihat di luar, dia yang sama di rumah. Tiada satu pun yang berubah. Dia yang jarang-jarang saya dengar suaranya. Dia yang suka tersenyum, walaupun tanpa sepatah suara pun dilontarkan. Bila saya melihat senyumannya, saya tahu dia baik-baik sahaja. Dia yang saya lihat kadang-kadang bertudung mendengar kuliah online. Dia yang ada hari-harinya pulang lambat kerana program dan usrah. Dia yang kadang-kadang tertidur di hadapan laptop.

Saya tertanya mampukah saya istiqamah sepertinya ketika saya bekerjaya nanti. Uiiii.

Dan pada suatu hari.

“epi epi...dia dah nak kahwin ...”.

Sedih?

Ya. Sedih kerana kami akan mengenal orang lain lagi. Walhal dirinya belum habis saya kenalinya. Saya baru menukar perasaan, menganggapnya lebih dari seorang housemate, tetapi sebagai seorang kakak.

Gembira?

Semestinya! Saya tahu perasaannya bagaimana, sedikit ter’saiko’ katanya kerana beberapa sebab tertentu. terkejut mungkin. 

Dan pada 24 haribulan, sabtu lepas. Saya nekad bersama beberapa orang sahabat, bergerak ke Parit Buntar,  Perak pada jam 3.30 pagi. Saya gagahi mata juga, walaupun mata sudah sangat mengantuk ketika itu. Setiap kali mahu memotong lori dan bas laju, hanya mampu berdoa moga Allah menyelamatkan kami dari segala bencana. Jika Dia mahu kami pergi, moga perginya kami dalam husnul khotimah. Allahu Rabbi.

Ke majlis nikahnya, saya mahu dia mengenang saya sekurang-kurangnya. Mengenang saya yang tak punyai apa-apa, sekadar pergi dan memeriahkan majlisnya. Saya mahu sekurang-kurangnya dia tahu, saya gembira amat untuknya.

Majlisnya.

Simple. 

Itu yang saya katakan.

Katanya, kami datang bersama pakej, pakej make up (sumpah saya tak reti langsung kecuali menempek bedak asas di muka, Alhamdulillah saya bawa krew andaman rupanya! haha), dan saya berpeluh juga berlatih untuk mengambil gambar kahwinnya. Maaf, saya bukan jurugambar bertauliah, mahu memegang cik Canon pun kekok. Haillaaaa. Ehem. Sebetulnya saya segan.

Wajah-wajah ceria.












terasa benar melihat muka yang sumpah berisi. perlukah dilancarkan mogok pada makanan? 

Dan sedikit sebak memeluknya sebelum pulang. Berkali-kali diucapkan terima kasih. Saya tetiba teringat pada cik mar, yang saya tak sempat balik melihat akad nikahnya. Padahal kahwinnya hanya sekali, InsyaAllah. Saya terlepas sesuatu yang sangat penting dalam hidup, berkongsi saat bahagia dengan cik mar. Dan Alhamdulillah, saya ada di majlis akad nikah dia di Perak, sudah cukup menggantikan rasa kesal ni.

Dan untuknya,  ukhti tersayang,

Barakallahu Lakuma. Semoga bercinta hingga ke Jannah, dikurniakan mujahidin- mujahidah, penegak ummah. InsyaAllah. Ameen.

Dan hari yang sama, birthday Ahmad Muadz. Genap setahun sudah.

*melted





Eid milad saeed ya Muadz! 

p/s : baca buku cik ngah beli tu. Nanti kita jumpa raya, pakai baju melayu ungu okay? flying kiss dari Sunway.

No comments: