Bismillahirrahmanirrahim
Menerima pelawaan housemate ke ceramah Sheikh Dr Jumuah Amin di UPM benar-benar memberikan satu dimensi baru. Bertemu dengan akhawat dari jemaah berbeza, aku katakan kami seperti berada dalam satu kelompok yang sama. Saf yang sama, mungkin kami sedikit berbeza, tetapi aku yakin kami mempunyai tujuan yang sama, InsyaAllah.
Aku menahan kantuk kerana penat bekerja (konon-kononnya) dengan melihat gelagat dan aksi anak-anak kecil sebaya ikmal dan Muadz. Tolonglah jangan comel sangat. Betapa aku rasakan beruntungnya orang yang mampu berbahasa Arab kerana kami hanya mampu mendengar kata-kata semangatnya menerusi translator. Sayang sungguh, kata sahabatku, dia berbangga jika kurang lancar Bahasa Inggerisnya asalkan dia mampu memahami Bahasa Tuhan. Sungguh, kecemburuan menebal dalam diri.
Kata Sheikh,
“Jadilah kamu ahli ibadah sebelum menjadi qiadah, nescaya kamu akan menjadi pemimpin yang baik”.
Kenapa sebelum menjadi pemimpin perlu menjadi ahli ibadah?
Kerana hati yang ditarbiah, dilembutkan dengan ibadah, mampu membina saf-saf Rabbani nanti. Sepertimana doa Umar, ya Allah, jadikan batin kami ini lebih cantik dari zahirnya. Ameen.
Cek link ini. Ceritanya menyeluruh tentang isi ceramah Sheikh.
***
aku masih ingat kata-kata Sheikh Hussein Yee, bila ditanyakan tentang status Islamnya,
Saya ahli Sunnah wal Jamaah. Tapi kenapa masih lagi mengikuti Bidaah?
Jika masih lagi mengikuti bidaah, sebutkan saya Ahli Bidaah Sunnah wal Jamaah. Sentap hati mak nak. Sungguh. Baucer RM200 tu beli buku Hadis Sahih Bukhari dan Muslim okay jugak, kalau terasa was-was dengan perbuatan atau amalan penduduk setempat yang biasanya dilakukan kerana adat, pesan Sheikh, cek lah dalam Sahih Bukhari dan Muslim. InsyaAllah, kompem selamat.
***
Menjelang Maulidurrasul, marilah sama-sama mengikuti dan mempraktikkan Sunnah Rasulullah.
like Sheikh Yahya Adel Ibrahim di Facebook pun lagi bagus, banyak statusnya tentang Sunnah Rasulullah.
You know you are on Sunnah when ...
Sangat best sebab ada beautiful reminder gituu. MasyaAllah. Dan kita rasa macam ya Allah, sangat banyak Sunnah yang diabaikan.
Terbaik dari Sheikh Yahya Adel Ibrahim,
No one can take Allah from you, but you.
Hold on! Dont let go!
p/s : Tak sabar nak bertemu dengan akhawat lagi. Sangat!
No comments:
Post a Comment