Saturday, January 28, 2012

Change your heart

Bismillahirrahmanirrahim.

Okay, terasa macam dewasa benar bila menonton short video ini. Tapi, ni reality kan? Sila lah ambil masa tengok. Pendek kata, kecil atau besarnya dosa lalu, hanya diri dan Allah sahaja yang tahu. 




What’s done is done, aite? 

Kalau kita pandang hari semalam, oh, aku bekas pendosa itu dan ini kan? Mungkin kita akan terasa, oh, inferiornya akuuuuu, tahap gabann punya! Malunyaaaa ya Allah.

Tapi Allah kata, SEBAIK-BAIK hambaNya adalah hamba yang berbuat dosa dan bertaubat kepadaNya. Jadi, apa kesannya anda berbuat dosa? InsyaAllah, hati makin dekat padaNya jika kita bertaubat semahu-mahunya.

Allah ni sangat sangat paling amat baik, awak. Kita buat dosa, mana ada Dia bising-bising beritahu orang sana-sini kan? Dia tutup elok sampai takde siapa pun tahu. Aib kita, Dia jaga, awak. Tapi dosa tetap dosa kan? Mari kita repent betul-betul, janji pasni tak nak buat dah. 

Ini kan pula berkaitan dengan hubungan suami isteri, (aku malas masuk bab ni, since I’m not married yet, Alhamdulillah). 

Apa aku akan kata?

Apa aku rasa?

Emm, tak perlu diceritakan dosa-dosa lalu pada sesiapa sahaja. Kita hidup hari ini dengan hari yang baru kan? Diri yang baru, semangat yang baru. Cek ayat 24:19. Allah dah beritahu terang-terang kat kita.

Aku takkan kata apa. Bila Tuhan sudah menyebut,

“wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa SEMUANYA (kecuali dosa mempersekutukanNya). Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang,”

Selagi kita terus mengukir kata taubat, mengalunkan istighfar yang panjang dengan sejuta penyesalan, aku akan kata pada diri,

“Tahniah diri, kamu memang ensem sebab setiap hari dapat hati baru!”

Aku ulang-ulang ayat 39:53 itu setiap hari.

Siapa aku?

Pastinya insan berdosa. takkan aku harapkan pada seseorang yang tidak berdosa, pastinya dia juga insan yang pernah membuat dosa, itu semestinya, kan?

Allah, tolong kunci hati kami serapat-rapatnya, tutup jangan bukak-bukak, sampai seseorang yang ditakdirkan datang, bawa master key dan buka dengan lafaz janji hingga ke syurga di hadapanMu. 

p.s : Dan letakkan dalam diri anda, anda juga bakal berkahwin dengan bekas pendosa (tak kiralah dosa apa pun) yang sudah pun bertaubat kepadaNya. insyaAllah. Terimalah seadanya. Sekian.


No comments: