Monday, October 10, 2011

Saya sukakan Islam.

Ketenangan datang bila berkumpul dalam satu halaqah. Kecintaan menyubur, bersama tali-tali kasih sayang ukhuwah.

Kata ukhti,

“jika Islam itu adalah pokok yang bercabang-cabang, maka Allah itu adalah akarnya,”

Islam benar-benar membuatkan saya selamat, mahu berprasangka, Allah melarang. Mahu bergosip-gosip, Allah melarang keras. Masuk ke dalam bilik air, ada doa yang Rasulullah ajar, keluar bilik air, Rasulullah mengajar doa lagi. Rasulullah berjaya mengajar kehidupan beragama, segalanya berpaksikan Allah dan Islam.

Islam tidak mengajar kita sekular. Menerima hukum Allah di suatu tempat, tetapi menafikan kewujudan Allah di suatu tempat. Maka apa yang berlaku dengan iman kita?

Iman itu kebajikan. Kebajikan, saya tegaskan.

“Bukan kebajikan itu dengan menghadapkan wajahmu ke arah timur dan Barat, tetapi kebajikan itu adalah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari Akhirat, segala malaikat, segala kitab, sekalian Nabi serta mendermakan harta yang dikasihinya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta dan bagi memerdekakan hamba-hamba abdi,”

(surah al-Baqarah : 177)

Maka, adakah kita membuat kebajikan kepada Allah? beriman dan patuh padaNya.

Patuh dan taat, bukan perkara mudah. Kadang-kadang kita memberontak tetapi kemudian siapa yang rugi? Jangan jadikan jasad ini sebagai taruhan, menerima azab pedih Allah. 

Bila Allah kata ini tidak halal bagimu, beritahu diri, okay, stop it. Allah benci benda ni. Contohnya, bercinta, kalau balik kampung, topik yang paling menarik hati warga tua. Saya bukan anti-bercinta, tapi harga diri dan hati bukan untuk dijadikan taruhan manusia.

Cinta akan datang nanti, Allah sedang mengatur segalanya indah, Allah simpan dahulu yang haram, nanti-nanti Allah akan datangkannya bersama sumpah setianya di hadapan Allah. kemudian, nah, bercintalah hingga ke syurga!

Jangan sempitkan kepada cinta satu sahaja, sedangkan berjayakah kita merebut cinta dan kasih sayang orang sekeliling? Masih gagal kan?

Islam itu segalanya, merangkumi segala aspek kehidupan.

Kata ukhti, adakah iman itu valid bila mengatakan,

“saya cintakan Islam tetapi menafikan poligami,”

“saya sukakan Islam tetapi bukan hijab,”

Kita bukan lagi berada di zaman kuno, hukum-hakam Allah bukan tradisi, tetapi valid sepanjang zaman. Kita sekarang berada di era yang asing, Rasulullah gelarkan orang-orang yang beriman dan menjalani kehidupan Islam sebagai Ghuraba’.

“siapakah Ghuraba’ ya Rasulullah?”

“Mereka ialah golongan yang memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia,”

Iman bukan diukur dengan labuh atau singkat tudungnya, berserban atau tidak, tetapi iman itu letaknya di hati, disebut melalui lisan dan dipersembahkan melalui perbuatan. Tiada seorang pun tahu tingkat iman kita, Allah yang maha mengetahui, Allah yang maha melihat.

Kita ada agama untuk dibanggakan, kita ada berjuta-juta saudara untuk dijaga dan dikongsikan permasalahan. Kita hidup dalam kebanggaan dan kemuliaan. Dan kehinaan itu akan datang bila kita jauh dari Islam.

*saya banyak sensitif bila masuk bab hudud, kerana ia bukan lambang ikut parti itu, bangkang parti ini, tapi tepatnya ia sebenar undang-undang Allah. ia bukan permainan, tetapi kewajipan. Undang-undang Allah sebenarnya bukan propaganda yang senang mahu dicanang-canang. Ia tepatnya berkaitan dengan akidah.

Mesti orang cakap, oh, budak ni konservatifnya!

Alhamdulillah, saya berbangga berfikiran sedikit konservatif.

Ya Allah, kembalikanlah yang hak, dan hapuskanlah yang batil.


No comments: