Thursday, October 20, 2011

salam imtihan

saya sukakan buku negeri 5 menara. Sangat dan sangat memberikan inspirasi. saya melihat kandungannya sebagai satu kenangan dan juga impian. Impian seorang ibu yang benar-benar mahukan anaknya menuntut di sekolah agama, membesar dalam situasi tarbiyyah, terdidik dalam bi’ah solehah.

 “Anakku, selamat berjuang. hidup sekali, hiduplah yang bererti,”

(petikan buku negeri 5 menara)

Saya rasakan aspek hidup ini sangat luas. Bila penulis bercerita tentang aspek kesungguhan dalam belajar, sehingga makan pun masih membaca buku, tidur pun dengan buku, segalanya bersama buku. Saya jadi teringat dua tiga hari yang lepas, alangkah nikmatnya melihat orang yang focus study, bila saya masih lagi sibuk merangka idea untuk assignment. Sedangkan tidak sampai dua minggu lagi, perang imtihan akan bermula.

Sedarlah, diri! membawa imej Islam tetapi kurang bersungguh, membawa imej Islam tetapi tidak fokus. adakah selama ini berjalannya kita, memberi impak positif kepada Islam? kalau tak, jadi tinggallah kita dalam angan-angan hidup dalam kemuliaan.

Takkanlah Allah suka suki meletakkan kita dalam semester yang boleh bilang berapa hari rehatnya. Oh, restless. itu yang saya katakan pada emak, lewat hari hari semalam. dan emak bercerita tentang kisah raja Kisra dan seorang alim. tinggi tawakalnya, berserah pada Allah segalanya. emak, terima kasih kerana menenangkan, hanya Allah yang mampu membalas. abah, terima kasih untuk kata-kata semangat tu n reverse psychology yang takle blah tu. hehe. I won't give up! InsyaAllah, jalan yang susah, senangnya akan datang kemudian.


Man jadda wajada! Kata-kata pertama yang Alif dengar, perkataan yang masih segar dalam benak saya. Ia ibarat mantera ampuh yang bekerja dan kitalah yang merupakan pekerjanya. Target mesti tinggi, pesan sahabat fillah. Target mesti tinggi, pesannya berkali-kali.

Tadi, saya berjumpa dengan seseorang. Di tangannya membawa research paper, Orang bukan Islam yang mengambil satu jalan Islam. Malunya, terasa kerdil bila membandingkan dengan markah assignment di tangan. Kata emak, ini takdir. Lalu bersungguh-sungguhlah membina takdir yang baru. Insyaallah, niat untuk mengambil master masih menebal dalam diri. amin ya Rabb.

Bila koreksi diri, masih terlalu banyak yang perlu dibaiki, masih terlalu banyak lompang-lompang yang perlu diisi.  Dari sudut belajar, sehingga ke sudut akhlak, markah yang mampu diberi masih samar-samar. Sungguh, diri ini memerlukan anjakan paradigma, perlu diingatkan bukan diperli. Perlu dinasihati tapi bukan dimaki.

Perang imtihan bakal bermula pada 1 nov – 10 nov. Seharusnya hati yang berkarat perlu dicuci berkali-kali, takut ilmu sekadar singgah tapi tidak melekat.




Untuk Monashian,

Man jadda wajada, Bismillahirrahmanirrahim.

No comments: