Friday, September 16, 2011

Pelik ya, aku melihat mereka sedang mensyurgakan neraka dunia. Aku melihat mereka tersenyum menahan air mata, sedangkan gelodak jiwanya kau dan aku belum pernah rasai. aneh ya, mereka berjaya menukar emosional kepada logik, menjadi psikatri merawat luka-luka mental dan jiwa. Sedangkan aku dan kau masih mampu ketawa bahagia.

Pelik ya, aku melihat manusia bersama bebanan masalah yang aku sendiri tidak mampu memikulnya. Kehidupan dan kesanggupan. Aku melihat bagaimana mereka mengubati jiwa mereka, bersama pendirian yang teguh. Kau dan aku belum tentu memikirkannya.

Tuhan mengambil sesuatu, aku mohon sesuatu yang lebih baik akan menggantikannya.

p/s : Aku mahu tertidur lagi di atas timbunan buku-buku. Sekali lagi, aku meminta kesibukan bukan lagi kelapangan masa.

*aku lebih berasa dekat dengan menggunakan ‘aku’, instead of saya. Aku berasa ‘aku’ bukan lagi kepuraan.  

No comments: