Sunday, August 28, 2011

signifikannya persiapan


Ini cerita emak

Emak berjumpa dengan bdak 5 tahun, namanya Imran Taufik.

“opick puasa tahun ni?”

“aah, puasa penuh! Opick nak puasa banyak-banyak, ayah kata kalau puasa banyak duit raya dapat banyak,”

Standard kan dengar dialog ni? Budak-budak comel. Jujur dan ikhlas, ya, hormati mereka lebih kerana dasar dan permukaan mereka masih lagi fitrah. Kita juga manusia yang cintakan fitrah, Cuma keseronokan nafsu seringkali mengaburi fitrah.

Ayahnya bercerita, tentang anaknya yang berusia 5 tahun itu sudah solat 5 kali sehari, sudah reti membaca ma’thurat, sudah khatam bab jamak dan qasar bila bermusafir, puasa tak pernah tinggal.

Betapa penting ibu dan bapa yang memahami apakah agama itu sebenarnya. Tanggungjawab dan dasar didikannya berpaksikan Islam. Saya panggilnya didikan first class. Bukan seorang anaknya begitu, 9 orang anak semua begitu. Ahli debat arab, antara pelajar yang ditaja dalam program ulama’. Subhanallah.

Persiapan yang bukan sedikit, persiapan yang benar-benar mantap. Selagi tidak bersedia, tiada perancangan masa depan zuriat dan keturunan, takkan pernah berkata ya kepada lamaran dan seumpamanya.

Ya, saya mahu menjadi sepertinya, ayah yang kental dan hebat, ibu yang mithali dan solehah. Fitrah manusia yang cintakan agama dan kepercayaan. Fitrah manusia yang cintakan Tuhan.

Maaf, post ini mungkin entah apa-apa, Cuma sekadar catatan. first time saya berjumpa dengan keluarga yang sebegini, hebat dalaman, mantap luaran. beberapa tahun masih berbaki, mantapkan iman dan ilmu, sungguh, kualiti benar-benar signifikan dalam persiapan ini.  

Ya Allah, jadikan aku dan keturunanku antara golongan yang setia dan ikhlas menyembahMu. Amen.


1 comment:

naora - khalish said...

:) persiapkan diri sebelum persiap org len.. rindu naora.. T.T