Sunday, February 20, 2011

sentimental

Di sudut tepi kebun terung, batasnya panjang, luas dan rata tanah suburnya, membuatkan saya kembali terbayang ragam kanak-kanak kecil yang sekadar pandai berbahasa pelat, rekaannya sendiri.

Ketika saya berjalan di laluan lorong-lorong batas yang panjang, terbayang kembali, di sana saya pernah lari berkejaran di tepi batas tembikai.

“ bila boleh makan timun cina ni ki?!! “ jerit saya kuat.

Suaranya kuat. Memukul gegendang telinga si tua.

“ kakgi boleh laaaa!..”

Ketika saya memegang terung  bulat, ia masih tergantung di batang kecilnya, subhanallah, takjub. Walaupun ianya berat, dahannya kukuh meskipun batangnya kurus melidi.

Imbas lagi.

Ketika saya berjalan sana-sini, sibuk mengambil gambar.

Klik.



Klik.



Klik.

Ternampak sebuah telaga.  Dia ketika itu masih kanak-kanak.

Serentak itu,

“ sofiah! Sofiah! Sabunnnnn!! ...”

“ hor.” Jawab saya lemah.

Air telaga sejuk sangat. Mandi lama-lama, boleh kecut kulit jari.

Perlukah  diingat kembali?

Ahh. Sentimental betul budak ni.

Tak cukup sentimental lagi, selagi tak jumpa kebun buah ciku.

kebun kelapa sawit. huuuuu.






Sentimental tak pernah habis. Maaf. Sila buka belog orang lain.

“ nak ikut ki jenguk kebun ciku, mak..”

“ ciku manis sangat. “

“ nak jambu arang! Dop kisah gigi merah pun kakgi..”

“biri-biri tu..!”

“kambing ni bila nak bagi makan? ”

“ mandi hujan jom!..”

“ bakpe mak sokmo buat baju sama adik beradik? Dop suke!..”

“wah, nak air nyor! Suruh beruk tu ambik nyor atas pokok tu..”  (nyor = kelapa)

Banyaknya kerenah anak orang.

Banyaknya permintaan.

Tapi.

Bahagianya jadi orang kampung.

Ada perigi telaga untuk mandi.

Ada kebun terung untuk menenangkan fikiran.

Kalau keseorangan, ada buah ciku untuk diajak bersembang.

Angin pula selalu menyanyi.

Tak pernah berhenti menghibur.

Ahh.

“ mu ni fikir macam orang nak bersara jep. ”

Memang nak bersara dah.

Bersara lah.

Tu monolog.

Tiba-tiba..satu suara berbunyi perlahan..

“ Rasulullah berehat dengan menerima sebuah kematian. Selagi kita masih bernafas, takkan pernah ada perkataan bersara dalam hidup. Itu sepatutnya..”

Baik!

Kebun terung, lain kali kita jenguk lagi.




Tapi.

Sekali lagi..

Bahagianya jadi orang kampung.

Dekat dengan tanah, dekat dengan hutan, dekat dengan ternakan, dekat dengan ladang tanaman.

Perasaan tu datang singgah berkali-kali.

Tak pernah gagal mengetuk pintu hati.

Sentimental sungguh.

takpe, bahagia itu kan tenang.

emo betul.

Takpe, saya tak kacau orang. Hee.

p/s : khalish, lama tak dengar suara. T.T

you, take care. :)


4 comments:

SyaPhoenix said...

jiwangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg

naora - khalish said...

jiwang tak kacau orang. tq. hoo

Najwa Aiman said...

emo :(

naora - khalish said...

erk? emo? hee.

sikit jep. dop kaca org.

kaca terung jep. :D