Wednesday, February 9, 2011

Rintangan

Sabda Rasulullah S.A.W,


“Siapa yang ada penasihat dari dalam hatinya maka adalah bagi dirinya pengawal dari
Allah.” ( dipetik dari buku Bahtera Penyelamat )


benar, antara banyak halangan yang berjaya menguasai, termasuk godaan syaitan, serta serangan minda orang munafik, Nasrani dan Yahudi, serasanya nafsu dalam diri lah yang paling sukar untuk dibentuk.

ibarat diri berada di tengah-tengah, ditujah dengan segala bentuk serangan dari segenap penjuru, tetapi jika iman tidak mengawal, nafsu menguasai, perhatikanlah diri itu benar-benar kecundang.

bukan di tangan mereka.

tapi di tangan kita.

Tidakkah kita berasa malu, diri?

syaitan pula pandai bermuka-muka, dah memang kerja diorang kan?

"adakah syaitan itu tidur wahai Abu Said?"

"sekiranya syaitan itu tidur, nescaya kita semua boleh berehat.."

mereka tidak pernah penat dan berputus asa, malahan bersabar berganda-ganda.

jadi, kita harus bagaimana?

tepuk dada, slow talk dengan iman, kayh? same-same deh.

No comments: