Wednesday, December 15, 2010

Bila Kamu Cantik, Binasalah Kefuturan

Pernah rasa camnih?

F U T U R

Tahu perasaan nih?

Pernah rasa kosong?

Hidup seakan tiada makna. Nafas teratur dengan sempurna tapi tiada nikmat bahagia yang kita rasa. 
Jantung laju berdetak, tapi sifar nikmatnya. Lompangnya di mana?

Mari, duduk sekejap dan berfikir sejenak.

Kenal ini?


 “Sesungguhnya Allah tidak memandang paras rupa dan harta bendamu, 
tapi Allah memandang hati dan amal perbuatanmu.”   (Rasulullah)

Karakter Cantik

Kenapa dalam banyak-banyak kenikmatan dunia dan anggota, hati yang terpilih?

“ya Allah. Pengantin ni tak sesuai la. Sorang tak bape nak ensem, sorang cun gilaa. Jodoh. Jodoh..”

Pernah dengar dialog macam ni? Mungkin anda antara penuturnya. Tidak terkecuali sang penulisnya. Hee.

Cuba kita tanya pada sang pengantin perempuan. Apa sifat yang mampu buat dia jatuh hati dengan suaminya?

Satu perkataan saja, “dia baik!”

Sifatnya baik, baik hati. Kenapa orang sebut baik hati? Sebab hanya dengan mempunyai hati yang bersih, dia mampu menjadi baik.

Manusia suka pada paras rupa yang cantik. Tapi, manusia senang jika hatinya cantik. Suka dan senang berbeza maknanya. Suka tu minat. Mungkin jadinya sekejap, mungkin tempohnya lama. 

Tapi, bila senang, kita cepat cepat saja menyebut kebaikannya. Kalau hidup dihormati, kalau meninggal pun masih dipandang mulia.

Penilaian manusia lebih ke arah kesempurnaan fizikal. Ada orang memandang suara sebagai karakter cantik. Tapi hanya setengah orang memandang kata-kata yang baik sebagai karakter yang cantik. Ada orang melihat cantik alis matanya, tapi hanya setengah orang menilai cantik jagaan matanya.

Tetapi, karakter yang cantik bagi Allah adalah hati. Cantik hati, cantik lah dia. Baik hati, cantiklah dia. Walaupun matanya sepet, suaranya sengau, hidungnya penyek, tapi cantik hati, Allah kata dia cantik. Hati itu ibarat pelengkap rasa.

kenapa Allah memandang hati? Kerana bila hati dipakai dengan baju taqwa, seluruh anggotanya akan bertaqwa.

Taqwa mata dengan menjaga pandangannya. Taqwa mulut dengan menjaga lisannya. Taqwa hati dengan menghijab dosanya. Taqwa hati dengan menahan nafsunya.

apa itu Taqwa?

renungi kisah ini.

Ubai bin Kaab bertanya Umar al-Khattab, 

"pernahkah engkau melalui jalan yang berduri?"

"sudah tentu.." jawab Umar.

"apa yang kamu lakukan..?" tanya Ubai.

"aku menyinsing pakaian dan berhati-hati agar tidak terkena duri.." jawab Umar.

hanya dengan berhati-hati mengemudi kehidupan dan hati.

Mudahkan percaturannya? Tapi mahal harga pelaksanaannya. Tinggi pelaburannya. Perlukan modal taqwa dan jasa hati untuk merealitikannya. Modal sulungnya adalah istiqamah. Teman istiqamah adalah paksa. Sahabat baiknya adalah ikhlas.

Kita sudah tahu isinya, putih atau hitam. Kita sudah dapat menilai harga neraka dan syurga. Kita sudah tahu tentang hati-hati yang dibeli oleh Allah. Kita tahu itu semua. 

Tapi, hak kebenarannya siapa yang mahu menjunjungnya?

Jangan kita menjadi songsang di jalan lurus. Bila lagi kita mahu menjadi tulus di jalan yang lurus? Mungkinkah bila Allah sudah mengibarkan white flag untuk taubat kita?

Nauzubillah.

Teman, bukan senang untuk menjadi cantik. Sebab makeup hati, tidak ternilai harganya. bukan senang senang disapu bedak sejuk. bukan cap Loreal, atau Maybelline ni. ini bukan brand biasa. brandnya Taqwa. pergi watson, sure tak jumpa. hee.

Jadi, mari kita sama-sama koreksi diri, jenguk hati, kalau rasa suhunya sudah mencecah 38 darjah celcius, bawa dia ke kilang tarbiyyah, cucinya perlahan-lahan, berperingkat-peringkat, topup mana yang tak cukup, tambah mana yang lompang. InsyaAllah.

Iman, bila dia bersuara, anggota penggerak pertamanya adalah hati.

“kenapa kau sekarang ni malas bangun tahajud?” tanya iman.

“aku tak pernah doa istiqamah untuk beribadah. Hah. Amek. kesian kau..” jawab Hati.

“kenapa sekarang ni, kau malas nak solat dhuha...” iman tanya lagi.

“dah, namanya MALAS. Tuhan nak bagi rezeki aku saje tolak. Sombong aku ni..”

Maka, mari kita bersujud syukur bila iman kita sudah bising-bising, sudah membebel dekat telinga hati, sudah reti menilai erti kelesuan roh.

Itu tandanya iman kita masih terjaga.

bila rasa futur, ayuh, buat x-ray hati!

Akhir  kalam,

Hayati dialog syaitan dengan bicara Allah.

“Demi kemuliaanMu, wahai Tuhan, aku akan terus-terusan menyimpang dan menggoda anak hambaMu selama nyawa dalam badannya.”

“demi KemuliaanKu dan keagunganKu, Aku akan terus-terusan mengampuni mereka selama mana mereka bertaubat padaKu..”

Red flag untuk bertaubat? *bahaya neh!*

Ia jauh lagi baik dari white flag yang Allah akan kibarkan.

Awas. Akhirat di depan. 



*baik kau insap skarang hati. sebelum kau nyah dari bumi.*


post ini untuk mengingatkan diri penulis. berkali-kali.