Monday, November 18, 2013


Untuk awak.

Segalanya takkan mampu saya terjemahkan dalam bahasa lidah. Takkan mampu untuk saya karang ayat-ayat indah lalu saya susun jadi satu untaian madah pujangga yang indah untuk awak.

Kerana mengenali awak adalah antara takdir yang paling indah untuk saya. Satu anugerah. Tak dapat tidak majlis bertarikh 16 November itu, awak antara mereka yang menyumbang dalam kejayaan saya.  Awak yang menjadikan langkahan saya laju di atas pentas itu.

Teringat. Ada satu benda yang paling saya ingat tentang awak. Bukan cerita awak yang sentiasa tertidur dalam kereta kerana kepenatan, tapi ada lagi momen-momen yang takkan saya lupakan hingga akhir hayat saya. Tentang awak, saya sudah berkira-kira mahu bercerita kepada dia yang akan menjadi orang paling penting dalam hidup saya nanti. Tentang awak, saya mahu keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja dekat dengan saya menyantuni awak, sebagaimana awak sentiasa santun kepada saya.

Awak, segala momen indah, suka duka kita saya akan simpan kemas-kemas dalam hati. Jazakillahu khairan jaza’ untuk  pengorbanan masa, tenaga, wang segalanya untuk saya. Mana-mana yang terkurang, saya minta halal ya. Mana-mana yang terkasar, saya minta maaf ya. Dan paling penting, 6 semester saya sumpah osem dengan adanya awak dalam lab dengan saya. Semoga Allah yang memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya. awak sentiasa hidup bernyawa dalam doa saya. sentiasa. InsyaAllah.





Friday, October 25, 2013

Pasca alam universiti - gah!




Assalamualaikum wbt. Berbulan-bulan lama aku berhenti menulis. Cuba mencari idea, tenggelam dan kaku. 

Embryo udang aku tengok, tenung dalam-dalam. Ini projek master Cik Mamar, mengkaji hormone ke atas protein expression udang yang cacat. OKU senang cerita. Tak payah guna istilah sains, gambar bawah lensa mikroskop sudah cukup menggetarkan perasaan rindu. Tak perlu bercakap tentang udang, bahan stain yang melekat pada embryo itu sudah cukup mencambahkan perasaan sayu. Rindu, sesak jiwa.

Lab microbiology, satu aku paling ingat. ayat Dr Mae - Well, this is LIFE!


Cuma, di kala aku sedang memegang workbook milik si kecil, mesin robot ciptaan manusia takkan betah menari-nari lama dalam bayangan kepalaku. Imaginasinya hilang, gambarannya terbang. Realitinya, rindu mampu aku usai dan padam.

Aku angkat wajahnya yang kecil, bertudung comel, suci.

“Manis, tengok bibir teacher. Sebut F-LA-WER (FLOWER), bukan FISH,”.
Hidup dengan mereka, aku sudah reti menganyam sabar. Sebab mencintai memang begitu, bukankah cinta itu punyai jiwa dan nyawa? Hidup dan menghidupkan.

“F-LA-WER. Allah makes F-LO-WER,”. Hakikat kejadian perlu ditanam sentiasa, supaya ruh bertuhan sentiasa ada. Mencintai memang begitu, membahagiakan, dan dibahagiakan selalu. Sebab kata F-LO-WER, sampai tua dia masih guna. Jeritlah satu dunia, Manis sudah reti menyebut kata F-LO-WER. Aku rasa nak lompat atas trampoline ala-ala siput Muadz yang pelat berwarna ungu.



Di sini aku belajar, mendidik itu juga seni. Kau juga perlu memerhatikannya guna mikroskop hati. Ragam mereka, daripada senyum hingga muncung mereka perlu kau fahami gerak gaya mereka. Mencintai memang begitu, memahami lebih besar nilainya daripada difahami. Mencintai memang begitu, uniknya, hanya kau yang mampu memaknainya, bila kau menjiwainya.

“Teacher, Manis urut teacher ye. Nazira cakap nanti Manis dapat pahala. Teacher jangan geli tau,”.
Sudah cukup dengan kata pahala. Aku tersengih lama.

Lebih penting, di sini aku belajar mendidik diri sebelum mendidik jiwa-jiwa putih mereka. Mereka meminjam telinga, mata dan lisan kita. Mendidik bukan sahaja syaratnya mencintai, kau harus memberi, memahami bahkan menyantuni dan menghormati.

Ar-Raghib Al-Isfihani telah menyatakan bahawa al-Mansur pernah mengutuskan orang untuk bertanyakan sesiapa dari keluarga Bani Umaiyah di dalam penjaranya.

“Apakah yang amat berat sekali, yang kau rasakan dalam penjara ini?,”.
“Dukacita kami kerana kami terhalang mendidik anak-anak kami,”.

Bila kau jatuh cinta, carilah jalan membangunkan cinta. Kerana cinta bukan martabatnya rendah di bawah, makamnya sangat tinggi, bahkan perlu kau angkat ia, biar mekar tinggi dan bercambah.

Mencintai memang begitu, hidup & menghidupkan. Bila guru, kau cuba jadi ibu. Bila saudara, kau cuba jadi keluarga. Mencintai memang begitu – membina dan menguatkan.

p/s : rencana Tuhan, sampai bila pun kau takkan faham. Sebab, kau hamba, tak pernah tahu kejadian masa depan. Gila banyak perkataan cinta dalam entry ni, sebab setiap kali jatuh cinta, aku sakit. Jadi, keputusan yang aku ambil, bangun cinta. Biar gagah tak mengalah. wahaha